Genap sebulan

November 03, 2021


Harini genap sebulan ayah pergi menghadap Ilahi. Hampir sebulan juga aku menyepi dari dunia blog ni. Cuba mencari diri dan cuba berdamai dengan takdir. Sejujurnya sampai sekarang pun masih lost for words. Tak tahu macam mana nak put into words apa sebenarnya yang aku rasa sekarang ni. 

Bila mula-mula dapat berita tu, I was speechless. Numb. Tak tahu nak rasa apa. Kesedihan tu mula datang menyinggah bila bercakap dengan ahli keluarga yang lain melalui video call. Aku yang masih di KL pada ketika itu, rasa sedikit terkilan sebab tak dapat balik untuk melihat ayah buat kali yang terakhir. Hanya mampu berdoa dari jauh dan melihat proses pengebumian melalui video yang dirakam oleh abang dan kakak yang berada di kampung. 

Semoga Ayah dan Mak tenang di sana dalam dakapan rahmat Ilahi. Berehatlah, kami juga akan menyusul nanti. 

Al-Fatihah. 

You Might Also Like

7 Comments

  1. Takziah. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. 🤲

    ReplyDelete
  2. Takziah .. terus kuat okay ..

    ReplyDelete
  3. Salam takziah... al-fatihah buat kedua-dua arwah abah dan mak faiz

    ReplyDelete
  4. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un..
    Salam Takziah.

    Semoga Allah ampunkan dosa-dosa mereka dan tempatkan mereka bersama mereka yang beriman. Aaaminn...

    ReplyDelete