Penyelesaian masalah blog lambat loading

Hi. 

Harini nak share sikit cara nak lajukan blog. Kalau perasan lately ni ada sesetengah blog yang lambat loading kan? Blog aku ni pun tak terkecuali juga. Ingatkan sebab template blog sebelum ni yang problem. Bila dah ubah guna template baru pun masih juga lambat nak loading sepenuhnya. Lepas buat sedikit inspection menggunakan Chrome DevTools, akhirnya saya dah tahu punca masalah tu dari mana.

Kalau korang sejenis yang guna template free dari Btemplates, Gooyabi Templates, ThemeXpose dan yang sewaktu dengannya. Kemungkinan besar blog korang pun akan jadi slow juga. Sebab apa boleh jadi slow? Sebab ada satu file dalam blog template tu dah tak valid which is file CSS Font Awesome.
Macam mana nak tahu blog korang ada guna file Font Awesome tu atau tak? 

First, cuba tengok blog masing-masing ada tak ikon-ikon kat blog yang hilang. Contoh paling senang ialah ikon sosial media lah macam kat bawah ni. 


Kalau ikon yang sepatutnya ada tapi tiba-tiba hilang, tu maknanya blog korang berkemungkinan ada guna file Font Awesome tu dalam template. Selain ikon media sosial, mungkin ikon Font Awesome tu ada digunakan di bahagian post footer iaitu bahagian post sharing. Satu lagi bahgian kebiasaan ikon Font Awesome digunakan ialah di bagian butang Next Post dan Previous Post. 

Cara kedua nak check ialah dengan skim through your blog template. Pergi ke Dashboard Blogger korang. Klik Theme di bahagian Sidebar dan pilih Edit HTML.

Tekan butang CTRL dan F serentak pada keyboard korang. Kemudian taip maxcdn dalam search bar macam dalam gambar bawah ni.

<link href='//maxcdn.bootstrapcdn.com/font-awesome/4.6.3/css/font-awesome.min.css' rel='stylesheet'/> 
Kalau ada code macam kat atas ni maknanya betul lah file Font Awesome tu menyebabkan blog korang slow. Kalau tak ada tu mungkin ada sebab lain lah kot. Itu kita cerita hari lain.

Jadi macam mana nak solve masalah ni? Senang je. Gantikan link Font Awesome di atas dengan link baru di bawah ni. Dan klik Save
<link href='//stackpath.bootstrapcdn.com/font-awesome/4.6.3/css/font-awesome.min.css' rel='stylesheet'/>
Lepastu dah boleh check semula blog. Loading dah laju. Dan ikon-ikon yang hilang sebelum ni dah kembali muncul. 

Selamat mencuba!

10 comments:

  1. memacam hal ye, mujur tak kene kat akaknye blog, kalau idok payahla kita tak mahir benda2 gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Macam2 pulak masalah Blogger ni lately

      Delete
  2. Thanks faiz.. kakmim dh edit.. mmg ada coding maxcdn tu.. kakmim follow ye

    ReplyDelete
  3. macam macam hal platform blogger sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann? Lately ni Blogger banyak buat hal pulak

      Delete
  4. akak ada cari kod ni. tapi tak ada dalam akak punya theme. cara lain ada tak Faiz?

    ReplyDelete
  5. Saya guna blogspot versi lama. Lambat loading mungkin sebab saya banyak guna slide kot huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Itu pun salah satu punca. Banyak widget --> Banyak masa diperlukan untuk loading

      Delete
  6. Yeaaaaay jadi ! :D Terima kasihhhh.

    ReplyDelete