Rebel

January 09, 2022


Judul: Rebel 
Pengarang: Saat Omar 
Penerbit: Moka Mocha Ink 
Tahun terbitan: 2015 

"Persahabatan bagiku bukanlah seperti perkahwinan yang akan kekal sampai mati. Biasanya ia akan tersungkur di tengah jalan dan berakhir dengan prasangka dan sifat keterasingan" - ms17

Sejujurnya, Rebel adalah sebuah naskah yang underwhelming. Premisnya bagus. Tapi gagal disampaikan dengan baik. Bak kata Iwan, yang sedang-sedang saja. Tidak lah terlalu teruk sampai nak bakar buku. Dan tak terlalu bagus untuk dikenang-kenang. Mediocre.

Rebel mengisahkan tentang Khairul yang baru tahu dia berdarah kacukan Melayu-Yahudi selepas emaknya meninggal dunia akibat barah. Novella ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian 1 berkisar tentang kehidupan rebel zaman remaja Khairul bersama dua kawannya, Amri dan Melur. Bahagian 2 pula lebih kepada kelana Khairul di bumi New York menjejaki ayah kandungnya, seorang pemuzik Jazz berbangsa Yahudi.

Naskah Rebel ini diisi dengan sindiran dan kritikan sosial terhadap masyarakat harini. Apa kau nak buat kalau kau berdarah kacukan Melayu-Yahudi? Bak kata Lokman Hakim dalam ulasannya, Melayu membenci Yahudi sebab apa? Adakah ia sekadar indoktrinasi (ikut-ikutan) atau sebab Melayu memang kenal Yahudi dan benci mereka? Bacalah novella ini, dan putuskan sendiri kesimpulannya, di mana duduk pendirian seorang Melayu, Muslim bila didedahkan dengan krisis identiti begini. Kelakar juga membacanya sekali-sekala.

Pengakhiran cerita agak gelojoh dan macam tiba-tiba. Terlalu terburu-buru untuk menutup cerita sampai mewujudkan banyak ruang loophole. Penghujungnya juga tak begitu definitif. Maybe aku tak cukup deep kot untuk baca fiksyen macam ni. Hehe. Apa pun kudos to Saat Omar. Aku lebih suka Seronok dan Sejadah dari penulis yang sama.

You Might Also Like

5 Comments

  1. Jalan cerita macam best juga novel ni dibahagiakan kepada dua part yg berlainan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Bila dibahagi ke dua bahagian, lagi mudah nak faham jalan cerita.

      Delete
  2. Novel sekarang banyak yang kreatif. Penceritaan di luar kotak. Tapi selalunya, ending yang tak bagus. Kurang penelitian. Banyak jumpa buku cerita yang spoiled part ending.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe. Selalu ending yang anti climax dan pemulaan yang slow memang senang potong stim nak membaca buku tu.

      Delete
  3. Isi cerita nampak menarik, bagus diselitkan kritikan sosial supaya pembaca berfikir.

    ReplyDelete