08/06/2022

PBAKL22 Haul

Sebelum pergi ke PBAKL 2022 haritu, aku dah siap-siap buat perancangan buku apa nak dibeli. Bila dah tahu buku apa nak dibeli, aku pun mula lah kumpul dana untuk berbelanja di pesta buku. Cara paling senang nak kumpul dana ialah dengan menjual buku-buku preloved yang aku ada. Kebanyakan buku yang terjual adalah buku terbitan Fixi. Yang bagusnya, sambil-sambil aku menjual ni, dapat lah aku clearkan sikit ruang untuk tempatkan buku-buku baru yang bakal dibeli di pesta buku nanti. Memandangkan bilik sewa sekarang ni pun kecil je, boleh jadi bersepah juga bila banyak sangat buku disimpan. Dan yang paling geram, nanti jadi tempat mengumpul habuk dalam bilik.

Hasil jualan buku preloved tu, aku berjaya kumpul sebanyak RM230. Not bad juga lah. Aku seboleh-bolehnya taknak sentuh duit gaji dan duit simpanan langsung sebab aku ada target lain pula untuk dibeli. Jadi, untuk pesta buku kali ni, biarlah aku berbelanja seadanya sahaja tanpa perlu mengorek duit tabung dan sebagainya. 



Dengan RM230, aku hanya mampu membeli sebanyak 9 buah buku sahaja. Ini termasuk upah Grabcar untuk pergi ke WTCKL dan balik ke rumah. 

  1. Unbox - Ariff Adly (FIXI). Selepas 7 tahun hiatus, Ariff Adly buat comeback dengan penerbitan novel Unbox ni. Aku sebenarnya dah lama tak baca karya Ariff Adly. As far as I can remember, aku pernah baca buku Kacau dan Gelap je kot. Unbox ni aku baca sejurus sampai ke rumah. To be honest, quite underwhelming. Sama je konsep ceritanya dengan buku-buku Ariff Adly sebelum ni. Kisah sekumpulan sahabat yang buat kerja bodoh dan menempah maut masing-masing. Same old, same old. Dissapointing juga lah.
  2. Bercakap Dengan Jun - Hasrul Rizwan (FIXI). Ini ialah naskah sambungan kepada Bercakap Dengan Jun terbitan Dubook Press bertahun-tahun dahulu. Untuk versi kombo ni, Fixi terbitkan semula dan gabungkan kisah dari naskah pertama bersama dengan sambungannya. Aku sangat suka naskah yang pertama. Dan oleh sebab itu, aku teruja nak tahu apa sambungan kisahnya. Bila Fixi umum akan terbitkan versi kombo ni, terus aku masukkan dalam senarai wajib beli semasa PBAKL2022!
  3. Pasca Sejarah - Fahd Razy - (Katapilar). Rata-rata pembaca kat Twitter kata buku ni best. Siap ada terjemahan versi Bahasa Inggeris lagi tau. So aku pun beli lah. Harap-harap memang betul best lah. 
  4. Seluruh Alam Dalam Sebutir Debu - Saharil Hasrin Sanin (Katapilar). Satu lagi buku kumpulan cerita pendek (cerpen) oleh Saharil. Aku dah follow Saharil dari zaman dia buat blog lukis-lukis dulu lagi. Suka tengok lukisan dia. Buku-buku dia pun boleh tahan juga. Aku dah baca Dentang, Cerpen-Cerpen Patah HatiCerpen-Cerpen Underground dan Generasi Paling Jahanam. Semua best. Hopefully yang ini pun sama bagus if not better.
  5. Manikam Kalbu - Faisal Tehrani (DBP). My first book from Faisal Tehrani. Sebenarnya singgah booth DBP nak beli novel Ayahanda. Tapi staff DBP tu bagitau dah habis dan tak akan cetak semula. So frust sikit la. Sebab adaptasi dramanya best, teringin juga nak baca yang versi novel. Malangnya dah sold out. Jadi aku pun ambil buku ni sebab pernah baca kat Twitter orang kata buku ni best juga. Dan ofcourse sebab ada diskaun 50%. 
  6. Yang Magis Yang Aneh (Katapilar). Satu lagi buku himpunan cerpen. Beli buku ni sebab ada beberapa penulis kegemaran yang terlibat. 
  7. Guru Aini - Andrea Hirata (Jejak Tarbiah). Aku pilih buku ni sekadar nak melengkapkan tiga buah buku bagi mendapatkan potongan harga di booth Jejak Tarbiah. Guru Aini ialah prekuel kepada novel Orang-Orang Biasa. Tak ada apa-apa expectation terhadap buku ni. Mungkin warna kuning pada cover novel ini menarik minat aku untuk beli buku ni.
  8. Puteri Bunian Bulan - Aliff Mustafa (Mahakarya). Aku beli buku ni sebab Maria Elena kata buku ni best. Haa simple as that. Aku tak minat sangat dengan genre fantasi ni, but just thought of giving it another try. 
  9. Doa Untuk Aku - Bahruddin Bekri (Jiwa). Selain sebab cover yang cantik, aku sebenarnya jatuh suka dengan buku ni bila Bahrudin Bekri tweet tentang cover buku ini bersama dengan sinopsisnya. Aku rasa dekat sangat dengan cerita ni bila sinopsisnya dibuka dengan sepotong ayat; Andai suatu hari kita kehilangan senjata paling ampuh, yakni doa seorang ibu; apakah yang akan kita lakukan? And just like that, I'm sold!
Begitulah 9 buah buku yang aku beli tempoh hari. Tepat RM230. Jumlah totalnya ialah RM198.40. Selebihnya ialah bayaran untuk Grabcar. Bersyukur sangat dapat stay within budget dan tak terlalu ikut hawa nafsu. Semoga berjumpa lagi di PBAKL 2023 tahun depan.

3 comments:

  1. Eh..ada Guru Aini! Akak baru je buat perkongsian bacaan novel ni.

    Manikam Kalbu akak dah baca, tapi tak berapa boleh hadam. Mungkin sebab bukan genre yang diminati.

    Bijak berbelanja dan bijak atur kewangan, syabas!

    ReplyDelete
  2. banyak juga buku yang awak beli...ammi nak beli banyak-banyak kene fikir bahagian utk anak-anak juga. kasi canlah kat anak-anak pulak. kalau mak pun sibuk sama naik kopak poket abahnya

    ReplyDelete
  3. tertarik dengan Siri Bercakap Dengan Jun

    ReplyDelete

TOP 🚀