06/06/2022

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022


Ini adalah pengalaman pesta buku pertama untuk aku. Pesta Buku Kuala Lumpur  terakhir dianjurkan pada tahun 2019. Masa tu aku kat kampung lagi menanam anggur. Aku datang kerja kat Kuala Lumpur sekitar bulan Ogos 2019 jadi dah terlepas lah untuk berkunjung ke PBAKL pada tahun tu.

Lepas dua tahun PBAKL tak dianjurkan akibat pandemik, akhirnya tahun ni aku dapat sertai pesta buku terbesar negara ni. Aku setuju untuk kerja di Kuala Lumpur pun sebab acara-acara buku macam ni lah. Malangnya, Covid pula yang datang. Maka dua tahun la aku berputih mata tak dapat pergi acara sebegini. Nasib baik, sekarang keadaan dah makin pulih, dan semua pun dah kembali normal. 

Nak jadikan cerita, aku sempat berkunjung ke PBAKL hujung minggu yang lalu. Aku sampai dalam sekitar pukul 11 macam tu. Tak sangka, pukul 11 pun dah ramai sangat pengunjung yang datang. Memang semua lepas geram rasanya sebab yelah dah dua tahun tak ada pesta buku kan. Masa ni lah nak borong buku dengan harga-harga promosi yang menarik. Kalau tak kuat iman, memang boleh kering dompet sebab habis berbelanja sakan. 

Jadi ada baiknya sebelum pergi ke PBAKL ni, sediakan senarai buku yang nak dibeli. Barulah tak membazir membeli ikut nafsu. Kadang-kadang kita ni bila dah sampai tu, memang rasa semua buku pun best. Semua buku pun nak beli kan? Alih-alih nanti tak terbaca pun? Tersadai berhabuk kat rak je. Melainkan kalau korang memang jenis nak tengok-tengok dan nak rasa suasana berpesta tu, then ok lah. Memang meriah, speaker sana sini. Semua nak menjual. Semua nak promosi buku sendiri. Semua nak jadi terpaling lantang menjemput pelanggan datang ke booth masing-masing. Tapi bila lantang sangat tu, boleh jadi menjengkelkan juga sebenarnya. 

Bila banyak sangat booth ni, boleh tersesat juga. Jadi, memandangkan penganjur tak sediakan overhead signage. Sila lah simpan peta setiap floor sebelum berkunjung. Senang nak navigate nanti bila dah sampai sana. Ataupun, kalau susah sangat boleh tanya mana-mana duta buku yang ada bertugas. 

Aku pergi haritu pun sekejap je. Beli buku dan balik. Tak sempat la nak beratur minta autograf penulis. Penulis yang aku minta pun tak datang lagi masa tu. Jadi, cepat-cepat grab and go je. Lagi satu sebab aku tak selesa kot ramai sangat umat manusia kat situ. Bersesak-sesak, berlaga bahu segala. Memang merimaskan.

All in all, it was a good first experience for me. But still there's room for improvement untuk pihak penganjur buat lagi baik pada masa akan datang. Rugi pulak tak buka servis Personal Shopper untuk PBAKL2022 ni. Harap-harap tahun depan masih berkesempatan untuk merasa pengalaman ini sekali lagi. Dan mungkin tahun depan boleh jadi personal shopper pulak. Aku buka dengan harga paling murah lah. Upah RM3 untuk sebuah buku. Amacam? Ok tak? Siapa nak tempah boleh contact aku tahun depan. Haha.

2 comments:

  1. Wah seronoklah dapat ke PBAKL. Akak dulu agak rajin pergi, tiap kali pergi memang dah ada set bajet berapa je boleh belanja. Kali ni tak dapatlah pergi dah duduk jauh kat utara.

    ReplyDelete
  2. haah kak. kena set bajet siap-siap. kalau tak mmg rasa semua benda nak beli.

    ReplyDelete

TOP 🚀